Isnin, 21 Februari 2011

Belut Goreng

pg td,tiba2 ayah sebut ttg ika pun dah ade?...nak dpt new bby la...k.ayu,tahniah la,bulan 7 ni,dpt cucu sorg lg...umi ty,mcm ne leh tau ttg ika?rupanya,ayah minta tolong k.Ayu masakkan belut goreng...hehe...k.ayu ty,kamal y teringin ker,nwl y nak?...
so,k.Ayu tau la,y nwl tgh pregnan...rupanya,ayah ingt jgk ape y ummi nak mkn ritu..
yela,ayah kata,nak mkn,tgu blik Ipoh la..

menyusahkan k.Ayu plak ayah ni..tp,alhamdulillah,da y sudi nak mskkn utk ummi..

Ahad, 20 Februari 2011

perkembangan kandunganku

x sangka,dah msuk 32 minggu la this week...dah 8 bulan...awal bulan 3 nnti,kene stat mkn ubat y k.ain bg tu...first kandungan ritu,x sempt pun mkn ubt tu...
alhamdulilah,,kandungan pun ok...ptg ni,bru nak p klinik,hope,hb ok...

dah lama x jpe k.ain,,nnti nak ajak ayah p jpe...bla2 ayah free la...
tu je blum minta kat ayah lg...tu pun,ayah dah beli durian semlm,ty,ape lg y ayah x penuhi permintaan ummi lg?...ni,bab2 mkn la...y rs2 teringin2 tu...hehe.

Jalan-Jalan

ahad,20 Februari 2011...ayah cdg bw anak p mandi kolam kat Pasir Salak Resort...p cna...kamera plak ayh terlupa bw...so,x jd mndi kat cna la...mmg jln2 btul2 la...
lastly,singgah ke pekan sari Changkat lada...bw Fitri jln2...n sempt mkn roti canai..
pastu,trus blik umah la...n ayah singgah beli durian..hehe...dpt jg mkn durian,ritu cuti,dah mkn durian y abg Jen anto ke umah..
ptg tu,mkn la...Fitri geleng2 kepala x nak mkn...tp,bila tgk ummi n ayah mkn cam sedap jer..dia pun cobek2 ulas2 buah tu...jilat2 jugak dia...hehe...dah rasa sedap la tu...
lau x mkn durian,bukan cucu abah wan la...hehe...sayang x tgkp gmbr time Fitri jilat2 jari n comot mkn durian tu..

Rabu, 16 Februari 2011

teknik epidural atasi sakit bersalin

mmm....semalam buka web,cri maklumat ttg tanda2 bersalin..n terjumpe plak artikel ttg mslh seorg ibu y pnh bersalin n uri lekat..bermakna,ummi pun mengalami keadaan yang sama mcm dia jugak..rasa takut,risau tu tetap ada,tp,insyaAllah,moga Alah memudahkan ummi bersalin anak kedua ni.


Teknik epidural atasi sakit bersalin

Soalan:


Saya seorang ibu kepada tiga anak perempuan. Ketika saya melahirkan anak bongsu, saya mengalami masalah uri melekat di dinding rahim. Saya ingin mengetahui punca berlakunya uri melekat dan adakah cara untuk mengelakkannya? Saya diberitahu saya berisiko untuk mengalaminya lagi pada kelahiran akan datang.

Suami berhasrat untuk menambah lagi seorang anak tetapi saya masih berasa fobia kerana kesakitan mengeluarkan uri yang melekat lebih sakit daripada sakit melahirkan bayi. Diharap doktor dapat membantu. Terima kasih.


Sumber: Harian Metro


Jawapan:

Uri itu dikatakan melekat jika ia masih tidak dapat dikeluarkan dalam masa 30 hingga 60 minit selepas kelahiran bayi. Pengeluaran uri berlaku apabila rahim sudah mula mengecut, membenarkan uri itu bercerai dari tempat melekat pada lapisan dalam rahim.

Proses ini berlaku dengan lancar membabitkan 98 peratus wanita yang bersalin. Kebanyakan uri yang ‘melekat’ sebenarnya mengambil masa yang lebih lama untuk diceraikan. Bila diberi masa lagi, didapati ia boleh dikeluarkan dengan normal tanpa masalah. Tetapi baki dua peratus lagi, uri tidak terpisah atau melekat dalam keadaan yang tidak normal sehingga tidak boleh dipisahkan langsung.

Bila ini berlaku, keadaan yang paling bahaya yang boleh terjadi ialah pendarahan tidak terkawal. Di Malaysia, penyebab utama kematian wanita mengandung ialah pendarahan selepas bersalin - iaitu membabitkan 23 peratus daripada semua kes kematian ibu hamil dan lepas bersalin. Daripada jumlah ini, salah satu sebabnya ialah uri melekat luar biasa.

Punca utama uri melekat antaranya ialah mungkin pernah berlaku luka di bahagian rahim (pembedahan pernah dilakukan pada rahim) atau apabila terjadi uri melekat tidak normal yang di panggil ‘placenta accreta’.

*(ummi x pnah wat operation,mgkin ummi mngalami "PLACENTA ACCRETA"..URI MELEKAT X NORMAL)

Uri biasanya berada pada satu lapisan saja dalam rahim. Tetapi, ada yang boleh menembusi lapisan ini untuk melekat pada bahagian yang lebih dalam iaitu di lapisan otot rahim.

Bila otot mengelilingi bahagian uri ini, memang berlaku uri meletak dengan kuat dan tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, selepas bersalin, rahim tidak dapat mengecut dengan sempurna untuk menghentikan pendarahan. Dalam keadaan yang normal apabila uri sudah berpisah dan dikeluarkan, salur darah pada rahim yang terdedah akan tertutup semula apabila saiz rahim mengecil dengan mengecut.

Mereka yang lebih berisiko tinggi ialah mereka yang pernah ada uri melekat pada kandungan sebelum itu dan yang pernah mengalami luka pada rahim seperti pembedahan untuk fibroid.

*(MGKINKAH UMMI JG MASIH BERISIKO ALAMI URI LEKAT LG?)

Pembedahan cesarean juga memberi risiko yang lebih tinggi untuk placenta accreta dan dalam kes uri di bahagian bawah rahim (placenta praevia) yang melalui pembedahan, kejadian placenta accreta lebih tinggi pada kandungan yang seterusnya.

Lain-lain risiko termasuk kelahiran tidak cukup bulan dan mereka yang sudah kerap kali bersalin.

Bagaimanapun, dengan pengawasan dan perhatian yang rapi, keadaan yang cemas boleh dielakkan. Harus diingati kebanyakan kes uri melekat ialah kerana ia mengambil masa yang lebih lama daripada biasa, atau cuma sebahagian kecil dari uri sahaja yang terbabit.

Apa yang biasa dilakukan ialah memberi masa yang lebih lama sebelum cuba menarik uri lagi. Barangkali inilah yang terjadi pada puan. Ia terasa lebih sakit kerana pemeriksaan yang dilakukan ke dalam faraj lebih dalam, lebih-lebih lagi selepas bersalin, tisu sekelilingnya amat sensitif dan ada juga bahagian yang luka.

Jika ini masih tidak berjaya, persiapan untuk mengeluarkan uri di dewan bedah akan dilakukan seandainya berlaku pendarahan yang teruk. Jika perdarahan tidak boleh dikawal, pembedahan untuk mengeluarkan rahim mungkin perlu untuk menyelamatkan nyawa.

*(MMG UMMI ADA PENGALAMN KE DEWAN BEDAH,KENE CUCUK BIUS DI BELAKANG PUN TERSA SAKIT..SAKIT DLM PERUT JG..TP,PROSES MENGELUARKAN URI TU,UMMI X RASA PER COZ DAH BIUS PINGGANG KE BWH..NAK KATA RASA PENING,X JG..COZ DARAH BYK KUAR..KENE TAMBH DARAH 2PEK TU..DGN AIR LG..Y INGT,FITRI LAHIR 2.08PTG,6.30 PTG TU BRU DEPA TOLAK UMMI P DEWAN BEDAH..MGRIB BRU KUAR N SETTLE SUMO..WAKTU TU,ADIK IPAR N ABG TGU..DA KWN ABG Y DTG,TP,X DPT JPE LA,COZ ADA KOMPLIKASI MCM NI..MLM TU,MAK SAMPI DGN MAK NGAH BUSRO,N MAK NJANG..RASA NAK MKN PUN X LALU,TP,MAK SUAP JGK MKN NASI..)

Selain itu, penggunaan ubat-ubatan yang semakin khusus yang ada sekarang menurunkan insiden kes perdarahan yang serius. Ubat-ubatan ini menolong dalam kontraksi rahim yang efektif dan berpanjangan.

Antara cara untuk menahan sakit bersalin ialah dengan teknik epidural - satu jenis bius separuh badan. Dengan cara ini, sakit bersalin tidak dirasai termasuk pelbagai lagi pemeriksaan yang perlu dilakukan. Ia diberi ketika mula sakit hendak bersalin. Mungkin puan boleh mencuba cara ini untuk mengelak rasa sakit bersalin dan kalaulah (harapnya tidak) uri melekat sekali lagi, sakit untuk mengeluarkannya tidak akan dirasai seperti dulu.

Khamis, 10 Februari 2011

kek kukus

baru ni,buat kek kukus...satu bhn jer x cukup,SERBUK KOKO...huhu,tp,wat jugak coz nak mkn...ganti dgn milo jer...gbr x der,coz kamera ayah pegang...alhamdulillah,jd la jugak...
cuma x jd mcm first time buat dulu,taun 2009,2bulan sblm Fitri lahir..
cdg2 nak buat apam kukus plak...rini,ptg,kalu Fitri x meragam,leh mulakn projek...
hehe...mg2 menjadi...nak mkn tu cikit jer,x per...leh bg kat jiran kalu bnyk...

Selasa, 8 Februari 2011

perkembangan kandunganku

minggu ni,dah masuk 30 week...lepas ni,kene p klinik 2minggu sekali...next week kna p scan kat klnik bota kiri...n minggu lg satu kene p klinik,cek plak...
denyutan jantung baby ok...alhamdulillah, semalam pun,Fitri x bnyk meragam nyer...letih kot.dah bw ke sekolah tgk bola baling..tapi jap jer..
dah seronok main kat luar,nangis plak bla msuk dlm rumah...huhu...jenuh jgak ummi nak pujuk..tp,alhamdulilah,nangis jap je..
bancuh susu...n mkn nasi,2x ummi tambah nasi utk Fitri..lalu jer dia mkn,dgn lauk daging arnab y masih berbaki tu...mkn dah suap sendiri...ummi nak suap pun dah x mahu.

Sabtu, 5 Februari 2011

perkembangan kandunganku

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

* fisrt time pregnant ritu,x de plak kejang2 kaki bla bngun tido,@ tejaga tgh mlm...
but,kali ni,da bpe kali,jd kejang kaki...bertukar2 kaki,kadg tu knn,kadg tu kiri..
mgkin sbb mkn ubt x ikut jadual...so,kene ubah sikap tu cikit...rjin2 mkn ubt..lgpun,x de saper nak tlg ingtkan la...kene ingt2 sendiri...

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Catatan Popular