Khamis, 5 September 2013

hujan

Alhamdulillah,sekarang setiap petang hujan turun membasahi bumi.hobi ummi untuk berkebun pun tetap segar seperti mana pokok-pokok ummi tumbuh dengan eloknya.Petang tadi,ummi belek pokok pandan yang dah lama ummi tanam.Tengok- tengok dah ada tunas baru.Alhamdulillah,menjadi juga sepokok tu.Ummi cuba tanam dua pokok sebenarnya,tapi yang sepokok lagi tu dah lama kekeringan.Ummi pun tak tahu kenapa. Pokok lobak putih yang ummi dapat benih kongsi dari tanamsendiri.com pun ummi dah semai.Daun sebenarnya pun dah menampakkan diri walaupun belum besar.Kalau menjadi,ada 5 pohon la lobak putih tu.Benih kacang botor yang ummi semai tak menjadi.Mungkin terendam air dalam pasu.Teringat kat arwah tok yang rajin menanam.Macam-macam pokok tok tanam,kucai,sireh,mengkudu putih,bendi,cili padi,dan yang lain-lain tu ummi tak teringat pulak.Setiap kali ke rumah arwah tok,mesti tok akan tuai kucai untuk di bawa balik rumah.Semoga roh tok dicucuri rahmatNya.Amin. Ayah pun support ummi menanam.hehe.Siap ambil pasu kucai dari kampung.Takpe,lepas ni,ummi akan semai benih kucai pulak.Benih ada di pejabat pos lagi.Bercerita tentang pokok lobak putih tadi,En. Is dari tanamsendiri.com kata boleh tanam sepasu dengan pokok roselle.Nampaknya ummi boleh alih pokok lobak tu nanti ke dalam bekas pokok roselle.Anak pokok tomato ummi pun dan mula menampakkan daun sebenar.Tak lama lagi ummi dah boleh alih pokok tomato tu.Cadangnya nak tanam secara terbalik dan gantung di pagar rumah.Sekarang kena tambah stok tanah yang dibeli dari nursery.Ayah belikan ummi tanah di kedai Ukhwah Madinah je. jealous ummi tengok pokok roselle jiran yang tengah berbunga lebat.Pokok yang ummi dapat ni pun sebab jiran ada bagi bunga roselle.ummi keringkan jadi benih.Alhamdulillah,semai menjadi.Cuma tak berbaja.Pokok serai pun ada 3 bekas yang dah mula segar.kalau dialihkan di tanah,pasti lagi cepat membesar serai tu.Pokok kesum ummi tak berapa menjadi.Tapi masih hidup.Rasa kena berbaja barulah daunnya besar menghijau.Pokok selom ummi nampak agak cepat membiak berbanding pokok kesum walaupun sama hari semai pokok-pokok tersebut.Anak pokok ulam raja pun semakin segar dihujani hujan tiap-tiap petang.Anak pokok bayam merah je nampak tak membesar.Mungkin sebab ruang yang ummi semai kecik.Jadi pokok-pokok padat dalam bekas semaian tu. Harap-harap semaian bunga telang ummi bercambah.hari tu dah semai tapi tak menajdi.Lagipun cuti raya haritu balik kampung lama.Pokok-pokok tak ada sapa jaga.tak sempat lagi nak snap gambar pokok- pokok yang ada depan rumah ni.Nanti dah ada,ummi akan upload.Memang rasa seronok bila tengok pokok-pokok menghijau.Best rasa.

Ahad, 4 Ogos 2013

kebun kecil

Bermulanya ramadhan tahun ni,ummi dah start berkebun kecil. Ayah ada belikan anak pokok kari dan pokok limau purut. Setakat ni,pokok menunjukkan tanda subur sebab ada pucuk2 baru tumbuh. Pokok2 lain yang ada,serai,kunyit,halia,kesom,selom,kucai,roselle,pandan. Harap semua pokok2 ni makin subur. Baru ni ada ummi semai benih cili padi.dah tumbuh ank2 pokok. Ummi semai juga benih bunga telang dgn okra hijau berbuah lebat dari tanamsendiri.com harap akan berbuah hasil... Begitu juga dengan keratan pokok ubat nyamuk.moga cepat tumbuh akarnya dan hidup segar.ada 5 keratan pokok ubat nyamuk tu.

Jumaat, 6 April 2012

MY FAMILI


Nur Raihana x lama lg cukup setahun...Fitri pun nak masuk 3 tahun...
Fitri ni rajin..siap tlg ummi clearkan sinki.cuci pinggan mangkuk..bila ummi kata x pe..ummi basuh..x bagi dia basuh,of course
nangis...
pg tadi,tiba2 ummi sakit perut..Fitri ckp,ummi mkn la ubat..HEHE..pandainya ank ummi ni..ummi dah mkn ubt td...
semoga keluarga ummi bahagia,sihat, ..terima kasih YA ALLAH...
Semoga dengan kehadiran ahli baru nanti,hidup ummi ngan ayah n anak2 lebih meriah..

Sabtu, 3 Mac 2012

lama x buka n update blog ni..Raihana pun dah 10bulan..dah berjalan pun dia..pandai bekawan ngan abg tu..
buat mereka y ke Melaka tu,selamat bercuti..x dpt nak join kali ni..maybe next time..kat tmpat lain plak..time tu,insyaAllah kami dah berlima...

Isnin, 3 Oktober 2011

rempah segera mee bandung

Rempah segera mee bandung Batu Pahat kini dijual secara online. Famous sejak 1960an. Tiada dijual lagi di tempat lain. Dapatkan hanya di sini http://www.meebandungbp.com/aff/?id=545158


Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Catatan Popular