Ahad, 6 September 2009

yeo's haram


Jenama YEO'S ni dari dahulu lagi sudah diwar-warkan JANGAN BELI @ MAKAN
Email : Zamri Kecik's


Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.




Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........

Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat.......


Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!





Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

yeo's haram

bulan ramadhan

minggu ni...hari Rabu...
9hb9 09....usia kandunganku masuk minggu yang ke-36...

kadang2...dpt tido lena...kdg2 tu...dah tejaga...susah tido..
perut pengeras je...

dr.ain ckap...tu biasa la...
alhamdulillah...sepanjang ramadhan ni...dan hari ni...nak masuk hari
ke-18 berpuasa...aku boleh berpuasa..cuma rs letih cikit...
mungkin minum air pun kurang...

Sabtu, 8 Ogos 2009

perkembangan bayi

Minggu ke-29
22 julai 2009
- Postur ibu kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan terutamanya di bahagian perut yang semakin memboyot. Kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak mata bayi juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
(isteri ~ Bakal ibu dan bapa digalakkan dengan lebih kerap mengalunkan surah Lukman (kebijaksanaan) dan surah Yusuf (kecantikkan) untuk dendangan bayi. Lagu2 rock dan heavy metal harap di elakkan sangat-sangat)

Minggu ke-30
29 julai 2009
- Ibu perlu banyak berehat. Jika tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan tidur awal dan mendapat tidur yang selesa.
(isteri ~Tips tidur: Angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya untuk menggurangkan kebengkakan dan menambah keselesaan)

3 ogos 09....
p scan di bota kiri...
ikutkan 30w....
but dr.said baby dah 33w lau ikut scan
tp...btol dah tarikh period y aku bg awal2 dulu...
so...dr suruh repeat scan at...17 ogos ni...
lau ikut scan...due nye...15 sept...awal 3w...
tarikh aku plak...7 oktober...lps raya
p je la...


ritu juga...p klnik lambor...
pemeriksaan mcm biasa,,,
tgk2...hb 10.0,,,,,
tekanan darah pulak 90/60...
turun...
x tau nape...misi tu ckp...letih kot...
dia bg ubat lg...suruh mkn...

k.ain ckp...jgn isau...nnti ok balik...
so,...nwl...don't worry tau...
cek klinik pulak awal bln 9...

Minggu ke-31
5 ogos 2009
- Ibu akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perut. Manakala pada payu dara pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32
12 ogos 2009
- Bayi mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, ibu tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

kek coklat kukus



28 julai...
petang...nak try wat kek kukus...
lgpun...sok bezday abg...

alhamdulillah...jd...
cuma merekah atas kek tu...
bw p sek...alhmdulillah...abis..
diorang pun minta resepi...bg je la...
nnti raya...leh suruh adik ibah wat...

pg...29 julai tu...
bg abg rasa sepotong...n wish hepi bezday kat dia...
cm...abg kata...dia rasa kek tu...pahit cikit...
x pe la...yg penting...abis kek tu...
tq ye...kwn2 kat SK Lambor Kanan...
tlg mkn... :)

selamat ulangtahun



abg,
moga pjg umo....
dmurahkn rezki...
diberkati Allah selalu...

hadiah buat abg....
29 julai 2009

Sabtu, 18 Julai 2009


mulianya ibu


Kemuliaan Ibu dalam Islam

Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan
1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari delapan puluh
rakaat sholat wanita yang tidak hamil.Wanita yang hamil
dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah SWT.Wanita yang bersalin dapat
pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan
pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari
selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya
akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempo dua setengah tahun
maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesai
karena menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan
dua puluh orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya
yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.

donut

ni la rupa donut yang abang belikan time abang blik umah mlm jumaat...
alhamdulillah,,,dapat juga makan donut akhirnya....tapi...sumo manis2 belaka...


ni la donut yang mula2 aku makan...bila buka je kotak...nampak
donut SMILE ni....aku senyum...abgpun hepi..

tengok...ni je la baki donut2 tu...dah dipotong n dikerat2...masuk dalam bekas...takut semut2
melata...tq abang...na sayang abang..

minggu ke-28


Kini masuk minggu ke-28, bermakna hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Ibu mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika ibu berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebaliknya adalah kontraksi kecil yang dipanggil Braxton Hiks. Sepanjang kehamilan cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-28 kandungan aku. Aku mula mengalami simptom2 seperti yg dinyatakan kat atas. rasa kejang kat bhgn betis. mula2 ritu...betis kiri je...pastu...da satu pg tu...betis kanan plak...mujur ada abang...tolong picitkn..
semoga baby cihat...amin..


Video: Hiburan :)

Video: Hiburan :)

Posted using ShareThis

video ni....video funny...ttg keletah baby2 yang comel...

Isnin, 13 Julai 2009

kehamilan

Trimester ke 3

Minggu 27-28

Anda: Rahim anda dah mula sampai ke tulang kerangka, so susah sikit nafas and senang nak rasa mengah. Asyik byk fikir pasal baby, benda2 biasa anda jadi pelupa, kadang2 mlm pun asyik mimpi pasal baby je.. bawa2 bertenang. Ada sesetengah wanita yg mengeluarkan cecair macam susu kat payudara time nih, jgn risau, itu hanyalah kolosterum, susu pertama bayi nak praktis keluar.

Bayi: Selain drp dah boleh buka mata, dia dah boleh berpaling ka arah cahaya terang yg panjang. Jantung dia berdenyut dlm kadar 120 ke 180 degupan seminit (2 kali ganda jantung anda). Paru2 dia membesar lagi, semkain kuat tendangan dan gerakannya sementara ruang masih belum sempit sgt lagi.




harap...baby sihat...amin.

~ultrasound kesan kecacatan bayi~

Dari melihat jantung bayi berdegup, menguap, tersedu, menghisap ibu jari dan mengeliatkan tubuhnya, ultrasound ibu hamil menjadi pengalaman mencuit hati tentang ahli keluarga baru yang masih di dalam kandungan.

Jika sebelum tahun 1950-an ibu bapa hanya dapat melihat kelibat bayi mereka buat pertama kalinya sebaik sahaja dilahirkan, namun kini kecanggihan teknologi membolehkan senyuman bayi dirakamkan berbulan-bulan lamanya sebelum dilahirkan.

Pada awalnya, ibu dan ayah hanya dapat melihat imej bayi mereka itu yang rata dan berwarna hitam putih menggunakan ultrasound dua dimensi (2D) tradisional. Imej ultrasound tiga dimensi (3D) mula dibangunkan pada tahun 1986 oleh Kazunori Baba dari University of Tokyo.

Bagaimanapun, tontonan imej ultrasound 3D yang mengambil gambar janin pada masa sebenar iaitu ketika bayi sedang bergerak-gerak, hanya menjadi realiti sedekad kemudian melalui penggunaan komputer yang lebih berkuasa tinggi.

Bayi seakan melambai-lambaikan tangannya yang kecil itu menerusi tingkap ke arah anda yang berada di dalam bilik doktor. Anda akan mula berteka-teki tentang mata, hidung atau raut wajahnya yang lebih mirip ‘mama’ atau ‘papa’.

Ultrasound untuk wanita mengandung atau ultrasound janin turut dikenali dengan pelbagai nama lain. Antaranya, sonogram kehamilan, ultrasonografi obstetrik dan sonogram obstetrik.

Namun, peluang mengetahui profil bayi anda bukanlah semata-mata bertujuan mengesahkan jantina bayi ataupun memberikan ibu bapa thrill (satu macam perasaan yang menggetarkan jiwa) mahupun untuk suka-suka sahaja.

Lebih dari itu, ultrasound membantu doktor anda membuat penilaian tentang perkembangan dan tumbesaran si manja. Jantina bayi merupakan satu bonus sahaja apabila ultrasound dilaksanakan bagi tujuan perubatan.

“Kebanyakan wanita tanpa mengira usia, mempunyai risiko yang kecil untuk melahirkan bayi dengan kecacatan fizikal mahu pun mental. Majoriti bayi yang dilahirkan adalah normal.

“Ultrasound biasanya dilakukan apabila kandungan disyaki tidak normal. Jika tidak, secara umumnya ia dilakukan semasa kandungan dianggarkan mencapai tujuh minggu.

“Ia bertujuan mengesahkan kehamilan dan memantau tahap kesihatan ibu serta perkembangan janinnya,’’ kata Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

Menurutnya, semasa ultrasound dijalankan, gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan dihantar ke tisu-tisu yang terdapat di sekitar abdomen wanita hamil.

“Gelombang-gelombang bunyi ini akan dilantunkan ke seluruh struktur badan ibu dan janin.

“Ia kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk kawasan terang dan gelap - membentuk imej bayi anda pada monitor dan filem,’’ kata beliau.

Pengimejan ultrasound ini berdasarkan prinsip yang sama digunakan dalam sonar (alat pengesan di dalam air menggunakan gelombang bunyi) kapal, kelawar dan pengail yang dipasangkan dengan pengesan ikan.

Apabila bunyi yang dikawal melantun setelah terkena objek, gelombang yang bergema boleh digunakan bagi mengenal pasti berapa jauh kedudukan objek, saiz, bentuk serta konsistensi dalamannya sama ada cecair, pepejal atau campuran.

Dari segi psikologi, ultrasound bukan sahaja memberikan ketenangan fikiran kepada pasangan suami isteri tetapi juga berupaya membina ikatan kasih sayang yang lebih kukuh di antara ibu bapa dengan zuriat mereka.

Kajian turut membuktikan bahawa ibu berkenaan lebih mengambil berat tentang kesihatan dan pemakanannya serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam demi si bayi yang bakal lahir.

Bagaimanakah ultrasound dilakukan?

Prosedur dilakukan sambil berbaring. Gel yang jernih berasaskan air akan disapukan pada bahagian perut untuk membantu penghantaran gelombang bunyi.

Transducer iaitu alat yang menerima gelombang yang dipegang oleh doktor akan digerakkan ke depan dan ke belakang di atas perut bahagian bawah dan sekitar pelvis.

Persediaan

Anda dikehendaki minum dua hingga tiga gelas air, sejam sebelum ujian. Anda juga tidak dibenarkan membuang air kecil sehinggalah pemeriksaan selesai bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik.

Pakai baju yang longgar bersama kain atau seluar. Elakkan memakai gaun, maxi atau jubah jika tidak mahu menukar pakaian kerana hanya bahagian bawah perut yang perlu didedahkan untuk pemeriksaan.

Bagaimanakah rasanya?

Mungkin anda akan terasa kurang selesa disebabkan oleh pundi kencing yang penuh. Gel yang disapukan tadi akan terasa sedikit basah dan sejuk.

Risiko

Sehingga kini, tiada kesan biologi yang didokumentasikan baik oleh si ibu mahu pun bayi dengan penggunaan teknik-teknik ultrasound sedia ada. Tiada radiasi berion yang terlibat.

Apa perlunya ultrasound?

Sesetengah embrio membesar di dalam tiub fallopio dan bukannya di dalam rahim seperti sepatutnya. Ultrasound membantu doktor mengesan serta merawat kehamilan di luar rahim sebelum ia membahayakan kesihatan.

Dengan mengetahui usia bayi juga, doktor boleh menentukan dengan lebih tepat tarikh bayi dijangka lahir sekali gus membolehkan masa-masa penting sepanjang kehamilan itu dijejaki.

Sekiranya doktor mengesyaki kandungan lebih dari satu (kembar), ultrasound boleh memastikannya.

Doktor juga akan menggunakan ultrasound untuk memastikan sama ada bayi membesar normal - dengan memantau pergerakan bayi, pernafasan dan degupan jantungnya.

Sementara itu, segala masalah dengan uri yang memerlukan perhatian juga boleh diselidiki. Ini penting kerana uri membekalkan bayi dengan sumber pemakanan serta darah yang kaya dengan oksigen.

Sekiranya berlaku pendarahan atau lain-lain komplikasi, doktor akan melakukan penyiasatan lanjut menggunakan ultrasound.

Ultrasound turut dijadikan panduan untuk menempatkan jarum suntikan semasa ujian-ujian pranatal.

Misalnya, memeriksa sampel cecair amniotik bagi masalah-masalah genetik tertentu (amniosentisis) atau menguji contoh plasenta (uri) bagi keabnormalan genetik (pensampelan vilus korionik).

Akhir sekali, ultrasound membantu doktor mengesan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku kepada bayi di dalam kandungan.

Diagnosis awal boleh mendorong kepada rawatan segera yang boleh menyelamatkan bayi dan ia boleh dikesan sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Antara kecacatan yang mungkin berlaku

* Hidrosefalus; masalah kepala bayi yang membesar
* Anensefali; ketiadaan tulang-tulang (separa atau lengkap) pada bahagian belakang tengkorak
* Spina bifida: kecacatan perkembangan bayi baru lahir dan sebahagian daripada korda spina serta salutan-salutannya terdedah melalui celah tulang belakang. Ia boleh didiagnosis kira-kira minggu ke-16 kehamilan melalui ujian cecair amniotik.
* Sumbing bibir dan lelangit
* Penyakit jantung kongenital (sejak lahir)

Jenis-jenis ultrasound

* Standard; jenis ini membina imej 2D bagi membantu doktor menentukan usia janin selain menilai tumbesaran serta perkembangannya.

Boleh dikatakan kebanyakan ultrasound menghasilkan bayi yang normal dan sihat atau kadang-kala, kembar.Pemeriksaan ultrasound pranatal yang standard selalunya mengambil masa kira-kira 20 minit.

* Ultrasound lanjutan; jenis ini lebih kurang sama dengan ultrasoud standard tetapi pemeriksaannya mensasarkan masalah yang dikhuatiri, menggunakan peralatan yang lebih sofistikated. Ia biasanya mengambil masa kira-kira 30 minit ke beberapa jam lamanya.

* Ultrasound transvaginal; doktor akan meletakkan alat seperti tongkat di dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan refleksinya.

Ia digunakan secara lebih kerap pada awal kehamilan apabila rahim dan tiub fallopio berada lebih hampir dengan faraj berbanding permukaan perut.

* Ultrasound 3D; menawarkan imej 3D dengan kualiti foto yang lebih terperinci. Ia berupaya menilai dengan lebih lanjut imej-imej yang diperoleh daripada ultrasound lanjutan

* Pengimejan doppler; mengukur perubahan-perubahan yang berlaku di dalam gelombang ultrasound yang terlantun daripada objek yang bergerak seperti sel-sel darah.

Pengimejan jenis ini menawarkan maklumat terperinci tentang peredaran yang terutamanya sangat berfaedah jika ibu mengalami tekanan darah tinggi ataupun apabila bayi berkembang pada tahap yang lebih perlahan berbanding sepatutnya.

* Ekokardiografi janin; memberikan butiran lanjut keadaan jantung bayi yang digunakan sebagai pengesahan atau menyingkirkan kecacatan jantung kongenital.

Sumber: Utusan Malaysia (03/09/2006)

27 Julai 09....dah da temujanji di klinik bota kiri...p scan di sana..

hope...abang free hari tu...bulan lps...cancel...coz abg kena p KL dgn abg midhat...

Sabtu, 11 Julai 2009

akil akmal b. tarmim

ni la gelagat anak sedaraku yang umurnya 4 tahun...
dah stat p ngaji kat PASTI...ikut makcik dia...
mak tok kata...biaqla...dia nak p...
lau dia x p...dia jaga abang (MUHAMAD FARID ZAKWAN)dia yang terlantar...
x leh berdiri...berjalan n bermain macam budak2 lain...umur dia dah 5 tahun..
dulu...akil ada ty mama dia...BILA ABANG NAK BANGUN...MAIN DENGAN DIA?
mak pun dah usaha berubat...ubat homeopati kat kg.gajah pun p amik...

ni plak gmbar mohd farid...tangan sebelah kanan memang dibalut...
takut digigitnya jari n tangan dia...bibir bawah mulunya pun...dah x da...digigitnya...sekarang...dah makin sembuh...cuma lambat nak tumbuh balik...mak dok sapu minyak kelapa dara...supaya bibir dia x kering n terkoyak...

minggu ke-27


Minggu ke-27 - Bayi sudah mula pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu.
Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
(isteri ~ Pakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik)
bayi dalam perutku sudah berusia 27minggu....Alhamdulillah, skrg ini aku dapat rasakan pergerakan bayi dalam perutku semakin aktif dan kuat disebabkan saiznya yang semakin membesar. Untuk merangsang deria pendengarannya juga,aku selalu membaca al-Quran . baru-baru nie....tangan aku cepat merasa kebas...pegang jarum menjahit pun...lepas menjahit baju sedikit, tangan akan kebas..msj dr.Ain...ask why jadi mcm tu?...dr.ckp, dia nak jumpa...coz dia takut paras gula tinggi...dia ty da makan byk benda manis kot?aku ckp...memang ada...makan durian...rambutan...orang kata...memang pulun makan...sebab setakat ni...dua jenis buah tu..x da rasa muak lg berbanding benda yang betol2 teringin...asal dapat rasa sikit...pun jadila...lepas tu...x nak dah...
abang pulak...syg dah tau...walaupun rini teringin nak makan something...bukan dia x terus cari...tapi...take time nak bagi aku makan...kadang tu...teringin minggu ni...minggu depan baru dapat...syg faham...abang akan dapatkan juga walaupun dah lama syg teringin...walau pe pun...tq..syukran ye abang...sabar dgn karenah syg ni..

Ahad, 28 Jun 2009

durian penang


mmm...dah lama x updte blog...cti ritu x sempt buka pun...
blik semanggol jap...pastu p.sena plak...
27hb6 gnti sek...x p coz blik kg...mak mertua kene air pns kat kaki...
melecur dua2 belah...benda nak jd...na doakan mak cepat2 sembuh...amin...
blik tu...hr jumaat lps solt jumaat...sampi2...abg edi tgh kait buah rambutan...hai...
rezki...tlupa nak amik gmbr cikit...
aiman pun ada...si kecik sorang...itu la cucu tok ha n wan mid...yang sulung ritu meninggal sebelum nwl nikah ngan kamal...
hr sbtu..abg men dtg...bw durian...tu nak cite durian penang tu...
ciap tgkp gmbr walaupun dah tggal biji je...hehe...

Jumaat, 22 Mei 2009

PEPERIKSAAN

Peperiksaan PKSR2 bermula pada 19 Mei - 22 Mei 2009...
ikut jadual peperiksaan, nawal kena jaga kelas tahun 2 sahaja berganti dengan kak Ana.
kene plak hari rabu dan khamis kak Ana MC....bila dari stat paper hari tu...sampai paper lain...
peljar tahun 2 tanya...asyik ustazah je...cikgu ln x de?...
mesti budak boring...
hehe...
Paper PI tahun 2 dah disemak...tiada seorang pun yang dapat 100%...

SAMBUTAN HARI GURU

SK LAMBOR KANAN menyambut Hari Guru pada 18 Mei 2009.
atas meja di bilik guru penuh dengan pelbagai hidangan....MACAM2 ADA...
acara permainan guru-guru dijalankan dan nawal satu kumpulan dengan kak Mala, cikgu Murat, Ju, Kak yan, dan kak Paridah...
dapat nombor 4...acara sumo 5.
Tahniah kepada kumpulan yang menang...

Sabtu, 16 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU...

buat ibuku tersayang....FARIDAH BT. SAID...TERIMA KASIH mak,
melahirkan, menjaga, mendidik nawal sampai sekarang..
walaupun nawal belum menjadi ibu, tetapi, nawal dah merasa bagaimana kesusahan mak
mengandungkan nawal n anak2 mak yang lagi 7 orang...
alhamdulillah, alah nawal tak seteruk mak yang berbulan tak bangun..cuma bangun untuk solat..
makan nasi pun tak lalu...
terima kasih sebab ucapkan "SELAMAT HARI IBU" untuk nawal walaupun belum menjadi ibu..
mak kata 'BAKAL JADI IBU'...
X sabar nak balik cuti ni...nak minta mak masakkan asam pedas keladi n murtabak...
lau beli kat p.mlm kat cini...x sesedap yang mak masak.



mak....Faridah bt. Said
juga, selamat hari lahir....5 Mei 1950



"SELAMAT HARI IBU"
buat ibu mertuaku di P.sena..
Mak Ha....terima kasih mak...
minggu lepas,mak demam, x berapa sihat.
alhamdulillah, abang edy bawa mak p amik ubat.
kami, x dapat balik...
sekarang, mak dah sihat cikit...alhamdulillah.

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU
buat semua guru-guru di Malaysia..
Buat guruku, guru SKGS, SABAR, SMKA AL-IRSYAD....
tidak kira di mana semua berada, jasamu tetapku kenang..
terima kasih...
buat teman2 SK Lambor Kanan, syukran...
sepanjang tempoh saya menjadi pendidik di sini, banyak pengalaman, ilmu yang saya peroleh..
bermula awal tahun 2007 sehingga hari ini...alhamdulillah.
terima kasih juga buat suami tersayang...
terima kasih kerana memahami kerjaya na...
semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa di bawah rahmatNYA..amin.


lirik lagu Tema HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sabtu, 9 Mei 2009

RFC

Radix FC....balik p.sena awal bulan 5 ...p RFC kat Sg.Petani...
jumpa abang edy, k.ct n aiman....
makan jg ayam cikit coz baru lepas p kenduri je...
air kokonya sedap...makan coselow x abis....betul ke eja coselow ni?hehe...
ala yang kubis,carrot n campur mayonis tu...dah teringin,makan...
kamal belikan aiskrim jagung...sedap...lau lalu makan,apa pun sedap...
cuma time tu,perut dah penuh,,
leh isi cikit2 je...
tunggu RFC kat ipoh ni,ntah bila...x da lg pun...
memang ramai orang...jenuh jg beratur...tapi, suruh kamal order...nwl tunggu n cari tempat...
alhamdulillah,lepas tu,terus balik ipoh...

Jumaat, 8 Mei 2009

bubur asyura





hai....yang baju merah tu...eksyen je...kacau cikit2 je...
bergambar bukan main...
tolong mak Ha wat bubur asyura...
yang bawa cikit kat sekolah ritu...
x penah kaco bubur asyura lagi...da juga pengalaman.
kaco dodol tu penah la...cuma sejak stat ngaja ni,
x da la masa tolong mak n makcik kacau dodol untuk raya posa n haji lagi...cuti pun jap je...

kat p.sena...

kenduri

,

SAHLAH & MOHD FADILAH

NI waktu cuti bulan 3 ritu...
P sg.besar.sabak bernam...kami bertolak dari ipoh...
yang lain, dari semanggol...
pak teh, mak teh, pak ndak, mak ndak yang bawa bunga telur tu...
mak njang, abang jen, mak ngah, n all sepupu-sepupu ....
mak abah dah tentu ada...
walaupun tengah alah...ikut juga...
merasa makan masakan orang sana...
bukan ada peluang nak p cna dah...
nasib ada lauk daging ...sedap juga diorang masak...
ayam golek...dah tak mau makan...
petang tu...kami terus ke tanjung malim...
p umah kawan kamal...kenduri jgak...
lepas tu...kami nak ke KL...
tapi, abang cakap, tido kat tanjung malim je la...
so, sok paginya...baru kami bertolak ke KL...
abang beli barang la..

Ahad, 3 Mei 2009

Ikan bakar Tasik Raban

abang kamal bawa p makan kat restoran tasik raban tu...makan ikan bakar...amik masak lemak pucuk paku..sambal belacan n ulam selom...
alhamdulillah kenyang...teringat lepat liat mak masak...rasa x puas mkan...hehe...nanti balik...nak suruh mak masak murtabak la pulah...nak tunggu posa...lambat lagi lau nak makan...hari tu teringin pizza pun...nasib baik la ada adik yang nak tolong buat...caan...ibah...bape kali bakar masuk oven...ada dalam 8 pelengat x silap...puas la sumo yang ada kat umah tu makan...hai! cite bab makan je plak...ni yang wat perut lapar ni...

dah 3minggu nak makan asam pedas keladi...tapi..x balik kg...tup2...p umah ain, makan t.ari tu...diorang jamu asam pedas keladi...dapat juga makan...hehe...tspi, nnti, balik kg...nak mak masak jugak la...nak meratah je..memang dah lama sangat mak x masak asam pedas keladi tu sejak2 mak x tanam keladi..poko pun x de..

abang kamal dok perli yang nawal ada kawan baru...Dr.Ain dah jadi KAK AIN...hehe...dah bape kali jumpe amik ubat...sembang2...dia bahasakan diri k.ain...rasa rapat n mesra lagi la...lagipun, lau p amik ubat...mesti 1jam tu ada la dia bg nasihat...x pernah kurang jamnye..samapi abang kamal yang dok tunggu kat sofa luar pun tetido...

ada lagi yang x dpt makan..Lamp chop..abaang kamal cite yang abang midhat tawarkan diri nak tolong perap n kita kene la masak sendiri...dagingnya...kene beli n bg kat abg midhat la...bila abg kamal cite...tu yang wat teringin tu...ada juga sebut2...tapi...abang kamal cakap la ni..abang midhat tengah bz..x pe la...nanti2 la...cuma mak pesan...jgn makan banyak...kmbing tu panas..

nanti kene tuntut janji la...lagipun..dah penah makan yang abang midhat masak tu...not bad...sedap juga.. :)

khabar gembira

1 Mei 09, balik ke Semanggol n bertolak ke Changlon...dah janji ngan makabah nak teman diorang p umah Ain...
makabah takut x dpt p kenduri 7 Jun ni.ain nikah 1Mei petang..tak sangka dulu...abang ain (abang Mazni ) kawan Kamal...hehe...dia pun nak kawin..nikah 31 Mei ni...Waktu praktikum 05 dulu...dok umah ain sampai 2bulan...
kira ada 2 kali makabah p sana dah...p cna...jumpa la timah, pait n shitoh...da juga diorang sembang tentng dah lulus temuduga..alhamdulillah...Pait,riuh macm dulu gak..dengan ain pun lama x jumpa...dengan diorang lagi2 lamanya tak jumpa..

bertolak...abang kamal la drive...abah kata nak rest kat belakang...tinggalkan WAP kat semanggol...naik avanza...
cadangnya...balik Changlon...singgah P.Sena...n kami balik dengan adik Ya nanti...mak abah singgah umah besan le...
dah alang2 sampai ke sebelah kedah ...x kan x singgah ziarah..

abang Kamal x sampai ati biar abah drive...so, kami ikut balik seamggol...samapi gurun..minta abah drive coz abang Kamal dah letih...ngantuk..bertolak pukul 5.30 dari P.Sena n sampai Semanggol...orang azan maghrib...
malam ni juga...sebelum pukul 12, kami bertolak balik ke P.sena balik...samapi dalam pukul 2 lebih kurang...

Ha!..rupa-rupanya abg non kenal us.amir...walaupun x sekelas...tapi dengan kak Linda, abg non sekelasla...abang non ni..abang ain...dulu waktu kita orang kat UKM..ada la pi umah abang non n kak ina kat Tampin tu...dia balik kg...coz adik dia nikah...
mm...mak akan dapat 2 orang cucu...abang Kamal kata...letih la mak nanti,..balik je...suruh mak masak ni...masak tu la...
nawal pulak kata, abis..sapa lagi nak tolong masak...mak la...minta apa pun mesti dapat...lau dok kat Lambor pun,lau call kata teringin nak makan apa2...mak akan masak la...Lepas kenduri anto k.ela kat sg.besar aritu...dah x berjumpa lagi...minggu lepas diroang balik kg..tapi...nawal n abang kamal x dapat balik...abang bz cikit..

Semoga kandungan k.ela n nawal ni...selamat, dilindungi Allah sentiasa..mak dah ada 2 cucu lelaki...Nawal tumpang gembira...rezki k.ela pregnan awal...

Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Catatan Popular