Jumaat, 20 September 2013

POKOK PANDAN

ALHAMDULILLAH, pokok pandan yang ummi tanam dah keluar tunas.waktu ummi tangkap gambar ni,sudah banyak hari dah tunas ni keluar..ingatkan dah tak mahu hidup dah..belum letak baja lagipun. yang bawah ni pulak hasil semaian anak teruna ummi (Fitri) dengan puteri ummi (insyirah) . tak silap ummi petang selasa atau petang rabu yang lepas mereka tolong ummi semaikan bendi kampung ni. tengok petang tadi dah bercambah.Fitri pun sibuk je bagi tahu ummi bila dia tengok bekas yang dia tanam benih haritu.Ummi cakap,alhamdulillah, nanti besar pokok tu,tentu fitri lagi seronok.

Khamis, 19 September 2013

MULBERI - 2 MINGGU

sudah 2 minggu usia keratan mulberi ummi..tengok tadi nampak ada 4 putik buah yang masih muda semoga buah muda ini akan masak ranum.anak ummi pun tiap hari jengok pokok yang ummi tanam. teruja dia bila tengok ada buah.
gambar yang ni keratan yang lain.lambat keluar tunas tetapi dalam satu keratan tu tiga tunas sekali keluar..keratan di atas sekali tu hanya satu keratan mulberi dan tunas satu je keluar. dan keratan tu berbuah dahulu la.ada dalam 4 putik buah yang muda lagi.

Jumaat, 13 September 2013

POKOK MULBERI LAGI

. Keratan mulberi ummi berusia 9 hari..ummi jelajah dalam blog kebunkecill.blogspot.com,ummi tgk dalam masa 4 hari di tanam sudah mula mengeluarkan tunas bersama-sama beberapa putik buah. ummi pun berharap pokok ummi keluar tunas bersama putik buah.tapi tuan blog kebunkecill tu dia semai keratan tu pada tanah hitam tesco campur dengan baja tahi ayamummi tak letak apa-apa baja pun.jika di lihat pada gambar di bawah,sudah nampak tanda-tanda putik mulberi ni.tapi masih terlalu kecil..so,ummi close up waktu ambil gambar pagi tadi.nampak tak ada macam ulat berbulu-bulu kecil tu?
semoga menjadi buah sulung pokok mulberi ini.amin..awal bulan depan akan berlaku perubahan dalam hidup ummi.ummi dapat bertukar ke Kedah.Nampak gayanya pokok-pokok yang ummi tanam pun akan berpindah sekali.kalau tidak,musnah la harapan ummi nak tengok pokok-pokok ummi membesar.macam tu juga dengan pokok kacang botor yang baru ummi semai.cuma terlupa nak tangkap gambar pagi tadi. Ya Allah,kau permudahkanlah urusan ummi sekeluarga dalam urusan pertukaran ummi nanti.Kau tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Rabu, 11 September 2013

POKOK MULBERI

Baru-baru ni ummi beli keratan mulberi dengan en.iskandar dari tanamsendiri.com.Alhamduliilah,ada perkembangan dalam 5 hari ummi semai keratan mulberi tersebut.sudah nampak tanda-tanda tunas-tunas muncul.Ummi harap sangat pokok ini menjadi.tak sabar nak tengok pucuk-pucuk pokok ini berkembang segar.tak sabar juga nak merasa buah mulberi ini. Bila akar pokok-pokok ni dah kukuh nanti baru boleh dialihkan.belakang rumah ummi belum bertebas lagi sebab peralatan tak cukup.harap-harap ummi dapat luangkan masa bersihkan ruang belakang rumah ini.boleh ummi gunakan ruang tanah yang ada semaksima mingkin.ayah pun tak menfhalang.terima kasih. Benih bunga telang je ummi semai tak menjadi.ummi pun tak tahu kenapa..mungkin ummi akan cuba semai lagi nanti.

Khamis, 5 September 2013

hujan

Alhamdulillah,sekarang setiap petang hujan turun membasahi bumi.hobi ummi untuk berkebun pun tetap segar seperti mana pokok-pokok ummi tumbuh dengan eloknya.Petang tadi,ummi belek pokok pandan yang dah lama ummi tanam.Tengok- tengok dah ada tunas baru.Alhamdulillah,menjadi juga sepokok tu.Ummi cuba tanam dua pokok sebenarnya,tapi yang sepokok lagi tu dah lama kekeringan.Ummi pun tak tahu kenapa. Pokok lobak putih yang ummi dapat benih kongsi dari tanamsendiri.com pun ummi dah semai.Daun sebenarnya pun dah menampakkan diri walaupun belum besar.Kalau menjadi,ada 5 pohon la lobak putih tu.Benih kacang botor yang ummi semai tak menjadi.Mungkin terendam air dalam pasu.Teringat kat arwah tok yang rajin menanam.Macam-macam pokok tok tanam,kucai,sireh,mengkudu putih,bendi,cili padi,dan yang lain-lain tu ummi tak teringat pulak.Setiap kali ke rumah arwah tok,mesti tok akan tuai kucai untuk di bawa balik rumah.Semoga roh tok dicucuri rahmatNya.Amin. Ayah pun support ummi menanam.hehe.Siap ambil pasu kucai dari kampung.Takpe,lepas ni,ummi akan semai benih kucai pulak.Benih ada di pejabat pos lagi.Bercerita tentang pokok lobak putih tadi,En. Is dari tanamsendiri.com kata boleh tanam sepasu dengan pokok roselle.Nampaknya ummi boleh alih pokok lobak tu nanti ke dalam bekas pokok roselle.Anak pokok tomato ummi pun dan mula menampakkan daun sebenar.Tak lama lagi ummi dah boleh alih pokok tomato tu.Cadangnya nak tanam secara terbalik dan gantung di pagar rumah.Sekarang kena tambah stok tanah yang dibeli dari nursery.Ayah belikan ummi tanah di kedai Ukhwah Madinah je. jealous ummi tengok pokok roselle jiran yang tengah berbunga lebat.Pokok yang ummi dapat ni pun sebab jiran ada bagi bunga roselle.ummi keringkan jadi benih.Alhamdulillah,semai menjadi.Cuma tak berbaja.Pokok serai pun ada 3 bekas yang dah mula segar.kalau dialihkan di tanah,pasti lagi cepat membesar serai tu.Pokok kesum ummi tak berapa menjadi.Tapi masih hidup.Rasa kena berbaja barulah daunnya besar menghijau.Pokok selom ummi nampak agak cepat membiak berbanding pokok kesum walaupun sama hari semai pokok-pokok tersebut.Anak pokok ulam raja pun semakin segar dihujani hujan tiap-tiap petang.Anak pokok bayam merah je nampak tak membesar.Mungkin sebab ruang yang ummi semai kecik.Jadi pokok-pokok padat dalam bekas semaian tu. Harap-harap semaian bunga telang ummi bercambah.hari tu dah semai tapi tak menajdi.Lagipun cuti raya haritu balik kampung lama.Pokok-pokok tak ada sapa jaga.tak sempat lagi nak snap gambar pokok- pokok yang ada depan rumah ni.Nanti dah ada,ummi akan upload.Memang rasa seronok bila tengok pokok-pokok menghijau.Best rasa.
Terdapat ralat dalam alat ini

Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Catatan Popular