Jumaat, 13 September 2013

POKOK MULBERI LAGI

. Keratan mulberi ummi berusia 9 hari..ummi jelajah dalam blog kebunkecill.blogspot.com,ummi tgk dalam masa 4 hari di tanam sudah mula mengeluarkan tunas bersama-sama beberapa putik buah. ummi pun berharap pokok ummi keluar tunas bersama putik buah.tapi tuan blog kebunkecill tu dia semai keratan tu pada tanah hitam tesco campur dengan baja tahi ayamummi tak letak apa-apa baja pun.jika di lihat pada gambar di bawah,sudah nampak tanda-tanda putik mulberi ni.tapi masih terlalu kecil..so,ummi close up waktu ambil gambar pagi tadi.nampak tak ada macam ulat berbulu-bulu kecil tu?
semoga menjadi buah sulung pokok mulberi ini.amin..awal bulan depan akan berlaku perubahan dalam hidup ummi.ummi dapat bertukar ke Kedah.Nampak gayanya pokok-pokok yang ummi tanam pun akan berpindah sekali.kalau tidak,musnah la harapan ummi nak tengok pokok-pokok ummi membesar.macam tu juga dengan pokok kacang botor yang baru ummi semai.cuma terlupa nak tangkap gambar pagi tadi. Ya Allah,kau permudahkanlah urusan ummi sekeluarga dalam urusan pertukaran ummi nanti.Kau tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Tiada ulasan:

Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Catatan Popular