Sabtu, 18 Julai 2009


mulianya ibu


Kemuliaan Ibu dalam Islam

Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan
1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari delapan puluh
rakaat sholat wanita yang tidak hamil.Wanita yang hamil
dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah SWT.Wanita yang bersalin dapat
pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan
pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari
selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya
akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis
maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempo dua setengah tahun
maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesai
karena menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan
dua puluh orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya
yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.

donut

ni la rupa donut yang abang belikan time abang blik umah mlm jumaat...
alhamdulillah,,,dapat juga makan donut akhirnya....tapi...sumo manis2 belaka...


ni la donut yang mula2 aku makan...bila buka je kotak...nampak
donut SMILE ni....aku senyum...abgpun hepi..

tengok...ni je la baki donut2 tu...dah dipotong n dikerat2...masuk dalam bekas...takut semut2
melata...tq abang...na sayang abang..

minggu ke-28


Kini masuk minggu ke-28, bermakna hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Ibu mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika ibu berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebaliknya adalah kontraksi kecil yang dipanggil Braxton Hiks. Sepanjang kehamilan cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan.

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-28 kandungan aku. Aku mula mengalami simptom2 seperti yg dinyatakan kat atas. rasa kejang kat bhgn betis. mula2 ritu...betis kiri je...pastu...da satu pg tu...betis kanan plak...mujur ada abang...tolong picitkn..
semoga baby cihat...amin..


Video: Hiburan :)

Video: Hiburan :)

Posted using ShareThis

video ni....video funny...ttg keletah baby2 yang comel...

Isnin, 13 Julai 2009

kehamilan

Trimester ke 3

Minggu 27-28

Anda: Rahim anda dah mula sampai ke tulang kerangka, so susah sikit nafas and senang nak rasa mengah. Asyik byk fikir pasal baby, benda2 biasa anda jadi pelupa, kadang2 mlm pun asyik mimpi pasal baby je.. bawa2 bertenang. Ada sesetengah wanita yg mengeluarkan cecair macam susu kat payudara time nih, jgn risau, itu hanyalah kolosterum, susu pertama bayi nak praktis keluar.

Bayi: Selain drp dah boleh buka mata, dia dah boleh berpaling ka arah cahaya terang yg panjang. Jantung dia berdenyut dlm kadar 120 ke 180 degupan seminit (2 kali ganda jantung anda). Paru2 dia membesar lagi, semkain kuat tendangan dan gerakannya sementara ruang masih belum sempit sgt lagi.




harap...baby sihat...amin.

~ultrasound kesan kecacatan bayi~

Dari melihat jantung bayi berdegup, menguap, tersedu, menghisap ibu jari dan mengeliatkan tubuhnya, ultrasound ibu hamil menjadi pengalaman mencuit hati tentang ahli keluarga baru yang masih di dalam kandungan.

Jika sebelum tahun 1950-an ibu bapa hanya dapat melihat kelibat bayi mereka buat pertama kalinya sebaik sahaja dilahirkan, namun kini kecanggihan teknologi membolehkan senyuman bayi dirakamkan berbulan-bulan lamanya sebelum dilahirkan.

Pada awalnya, ibu dan ayah hanya dapat melihat imej bayi mereka itu yang rata dan berwarna hitam putih menggunakan ultrasound dua dimensi (2D) tradisional. Imej ultrasound tiga dimensi (3D) mula dibangunkan pada tahun 1986 oleh Kazunori Baba dari University of Tokyo.

Bagaimanapun, tontonan imej ultrasound 3D yang mengambil gambar janin pada masa sebenar iaitu ketika bayi sedang bergerak-gerak, hanya menjadi realiti sedekad kemudian melalui penggunaan komputer yang lebih berkuasa tinggi.

Bayi seakan melambai-lambaikan tangannya yang kecil itu menerusi tingkap ke arah anda yang berada di dalam bilik doktor. Anda akan mula berteka-teki tentang mata, hidung atau raut wajahnya yang lebih mirip ‘mama’ atau ‘papa’.

Ultrasound untuk wanita mengandung atau ultrasound janin turut dikenali dengan pelbagai nama lain. Antaranya, sonogram kehamilan, ultrasonografi obstetrik dan sonogram obstetrik.

Namun, peluang mengetahui profil bayi anda bukanlah semata-mata bertujuan mengesahkan jantina bayi ataupun memberikan ibu bapa thrill (satu macam perasaan yang menggetarkan jiwa) mahupun untuk suka-suka sahaja.

Lebih dari itu, ultrasound membantu doktor anda membuat penilaian tentang perkembangan dan tumbesaran si manja. Jantina bayi merupakan satu bonus sahaja apabila ultrasound dilaksanakan bagi tujuan perubatan.

“Kebanyakan wanita tanpa mengira usia, mempunyai risiko yang kecil untuk melahirkan bayi dengan kecacatan fizikal mahu pun mental. Majoriti bayi yang dilahirkan adalah normal.

“Ultrasound biasanya dilakukan apabila kandungan disyaki tidak normal. Jika tidak, secara umumnya ia dilakukan semasa kandungan dianggarkan mencapai tujuh minggu.

“Ia bertujuan mengesahkan kehamilan dan memantau tahap kesihatan ibu serta perkembangan janinnya,’’ kata Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

Menurutnya, semasa ultrasound dijalankan, gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan dihantar ke tisu-tisu yang terdapat di sekitar abdomen wanita hamil.

“Gelombang-gelombang bunyi ini akan dilantunkan ke seluruh struktur badan ibu dan janin.

“Ia kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk kawasan terang dan gelap - membentuk imej bayi anda pada monitor dan filem,’’ kata beliau.

Pengimejan ultrasound ini berdasarkan prinsip yang sama digunakan dalam sonar (alat pengesan di dalam air menggunakan gelombang bunyi) kapal, kelawar dan pengail yang dipasangkan dengan pengesan ikan.

Apabila bunyi yang dikawal melantun setelah terkena objek, gelombang yang bergema boleh digunakan bagi mengenal pasti berapa jauh kedudukan objek, saiz, bentuk serta konsistensi dalamannya sama ada cecair, pepejal atau campuran.

Dari segi psikologi, ultrasound bukan sahaja memberikan ketenangan fikiran kepada pasangan suami isteri tetapi juga berupaya membina ikatan kasih sayang yang lebih kukuh di antara ibu bapa dengan zuriat mereka.

Kajian turut membuktikan bahawa ibu berkenaan lebih mengambil berat tentang kesihatan dan pemakanannya serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam demi si bayi yang bakal lahir.

Bagaimanakah ultrasound dilakukan?

Prosedur dilakukan sambil berbaring. Gel yang jernih berasaskan air akan disapukan pada bahagian perut untuk membantu penghantaran gelombang bunyi.

Transducer iaitu alat yang menerima gelombang yang dipegang oleh doktor akan digerakkan ke depan dan ke belakang di atas perut bahagian bawah dan sekitar pelvis.

Persediaan

Anda dikehendaki minum dua hingga tiga gelas air, sejam sebelum ujian. Anda juga tidak dibenarkan membuang air kecil sehinggalah pemeriksaan selesai bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik.

Pakai baju yang longgar bersama kain atau seluar. Elakkan memakai gaun, maxi atau jubah jika tidak mahu menukar pakaian kerana hanya bahagian bawah perut yang perlu didedahkan untuk pemeriksaan.

Bagaimanakah rasanya?

Mungkin anda akan terasa kurang selesa disebabkan oleh pundi kencing yang penuh. Gel yang disapukan tadi akan terasa sedikit basah dan sejuk.

Risiko

Sehingga kini, tiada kesan biologi yang didokumentasikan baik oleh si ibu mahu pun bayi dengan penggunaan teknik-teknik ultrasound sedia ada. Tiada radiasi berion yang terlibat.

Apa perlunya ultrasound?

Sesetengah embrio membesar di dalam tiub fallopio dan bukannya di dalam rahim seperti sepatutnya. Ultrasound membantu doktor mengesan serta merawat kehamilan di luar rahim sebelum ia membahayakan kesihatan.

Dengan mengetahui usia bayi juga, doktor boleh menentukan dengan lebih tepat tarikh bayi dijangka lahir sekali gus membolehkan masa-masa penting sepanjang kehamilan itu dijejaki.

Sekiranya doktor mengesyaki kandungan lebih dari satu (kembar), ultrasound boleh memastikannya.

Doktor juga akan menggunakan ultrasound untuk memastikan sama ada bayi membesar normal - dengan memantau pergerakan bayi, pernafasan dan degupan jantungnya.

Sementara itu, segala masalah dengan uri yang memerlukan perhatian juga boleh diselidiki. Ini penting kerana uri membekalkan bayi dengan sumber pemakanan serta darah yang kaya dengan oksigen.

Sekiranya berlaku pendarahan atau lain-lain komplikasi, doktor akan melakukan penyiasatan lanjut menggunakan ultrasound.

Ultrasound turut dijadikan panduan untuk menempatkan jarum suntikan semasa ujian-ujian pranatal.

Misalnya, memeriksa sampel cecair amniotik bagi masalah-masalah genetik tertentu (amniosentisis) atau menguji contoh plasenta (uri) bagi keabnormalan genetik (pensampelan vilus korionik).

Akhir sekali, ultrasound membantu doktor mengesan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku kepada bayi di dalam kandungan.

Diagnosis awal boleh mendorong kepada rawatan segera yang boleh menyelamatkan bayi dan ia boleh dikesan sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Antara kecacatan yang mungkin berlaku

* Hidrosefalus; masalah kepala bayi yang membesar
* Anensefali; ketiadaan tulang-tulang (separa atau lengkap) pada bahagian belakang tengkorak
* Spina bifida: kecacatan perkembangan bayi baru lahir dan sebahagian daripada korda spina serta salutan-salutannya terdedah melalui celah tulang belakang. Ia boleh didiagnosis kira-kira minggu ke-16 kehamilan melalui ujian cecair amniotik.
* Sumbing bibir dan lelangit
* Penyakit jantung kongenital (sejak lahir)

Jenis-jenis ultrasound

* Standard; jenis ini membina imej 2D bagi membantu doktor menentukan usia janin selain menilai tumbesaran serta perkembangannya.

Boleh dikatakan kebanyakan ultrasound menghasilkan bayi yang normal dan sihat atau kadang-kala, kembar.Pemeriksaan ultrasound pranatal yang standard selalunya mengambil masa kira-kira 20 minit.

* Ultrasound lanjutan; jenis ini lebih kurang sama dengan ultrasoud standard tetapi pemeriksaannya mensasarkan masalah yang dikhuatiri, menggunakan peralatan yang lebih sofistikated. Ia biasanya mengambil masa kira-kira 30 minit ke beberapa jam lamanya.

* Ultrasound transvaginal; doktor akan meletakkan alat seperti tongkat di dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan refleksinya.

Ia digunakan secara lebih kerap pada awal kehamilan apabila rahim dan tiub fallopio berada lebih hampir dengan faraj berbanding permukaan perut.

* Ultrasound 3D; menawarkan imej 3D dengan kualiti foto yang lebih terperinci. Ia berupaya menilai dengan lebih lanjut imej-imej yang diperoleh daripada ultrasound lanjutan

* Pengimejan doppler; mengukur perubahan-perubahan yang berlaku di dalam gelombang ultrasound yang terlantun daripada objek yang bergerak seperti sel-sel darah.

Pengimejan jenis ini menawarkan maklumat terperinci tentang peredaran yang terutamanya sangat berfaedah jika ibu mengalami tekanan darah tinggi ataupun apabila bayi berkembang pada tahap yang lebih perlahan berbanding sepatutnya.

* Ekokardiografi janin; memberikan butiran lanjut keadaan jantung bayi yang digunakan sebagai pengesahan atau menyingkirkan kecacatan jantung kongenital.

Sumber: Utusan Malaysia (03/09/2006)

27 Julai 09....dah da temujanji di klinik bota kiri...p scan di sana..

hope...abang free hari tu...bulan lps...cancel...coz abg kena p KL dgn abg midhat...

Sabtu, 11 Julai 2009

akil akmal b. tarmim

ni la gelagat anak sedaraku yang umurnya 4 tahun...
dah stat p ngaji kat PASTI...ikut makcik dia...
mak tok kata...biaqla...dia nak p...
lau dia x p...dia jaga abang (MUHAMAD FARID ZAKWAN)dia yang terlantar...
x leh berdiri...berjalan n bermain macam budak2 lain...umur dia dah 5 tahun..
dulu...akil ada ty mama dia...BILA ABANG NAK BANGUN...MAIN DENGAN DIA?
mak pun dah usaha berubat...ubat homeopati kat kg.gajah pun p amik...

ni plak gmbar mohd farid...tangan sebelah kanan memang dibalut...
takut digigitnya jari n tangan dia...bibir bawah mulunya pun...dah x da...digigitnya...sekarang...dah makin sembuh...cuma lambat nak tumbuh balik...mak dok sapu minyak kelapa dara...supaya bibir dia x kering n terkoyak...

minggu ke-27


Minggu ke-27 - Bayi sudah mula pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu.
Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
(isteri ~ Pakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik)
bayi dalam perutku sudah berusia 27minggu....Alhamdulillah, skrg ini aku dapat rasakan pergerakan bayi dalam perutku semakin aktif dan kuat disebabkan saiznya yang semakin membesar. Untuk merangsang deria pendengarannya juga,aku selalu membaca al-Quran . baru-baru nie....tangan aku cepat merasa kebas...pegang jarum menjahit pun...lepas menjahit baju sedikit, tangan akan kebas..msj dr.Ain...ask why jadi mcm tu?...dr.ckp, dia nak jumpa...coz dia takut paras gula tinggi...dia ty da makan byk benda manis kot?aku ckp...memang ada...makan durian...rambutan...orang kata...memang pulun makan...sebab setakat ni...dua jenis buah tu..x da rasa muak lg berbanding benda yang betol2 teringin...asal dapat rasa sikit...pun jadila...lepas tu...x nak dah...
abang pulak...syg dah tau...walaupun rini teringin nak makan something...bukan dia x terus cari...tapi...take time nak bagi aku makan...kadang tu...teringin minggu ni...minggu depan baru dapat...syg faham...abang akan dapatkan juga walaupun dah lama syg teringin...walau pe pun...tq..syukran ye abang...sabar dgn karenah syg ni..

Senarai Blog Saya

Cari Blog Ini

Catatan Popular