alhamdulillah,Raihana dah masuk 5 bulan...n x lama lg,abg Fitri pun genap 2 thun.
pada usia 5 bulan ini,Raihana :
sudah duduk x diam..maklumat y ummi dapat bagi bayi y berusia 5 bulan ialah :
1)Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.
2)mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah.
3)Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan.
bla tgok abg Fitri lari2...n duduk depan dia,muka la gerak terkekek2...hehe.seronok ummi tgk..
Jalan2 Cari Makan
-
Assalamualaikum... salam sejahtera semua😍
Lama sungguh tak bersiaran.... ramai yang minta kak An kembali menulis
Memandangkan lama berehat, kita panask...
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan